Wednesday, August 26, 2009

KERANA DIA



hari berganti hari,musim berganti musim..

KINI hidupku sepi tanpa si dia. Dia berlalu begitu saja. dengan hati yang kecewa, aku meneruskan hidup tanpa si dia. aku bersama rakan serumah, membawa diri jauh pergi ke kota metropolitan. Kuala Lumpur. Ibu kota negara. bersama semangat dan azam yang kuat, aku pergi merantau di tempat orang untuk mencari pengalaman. dengan segulung ijazah yang aku pegang, aku yakin aku boleh bedikari dan meneruskan hidup tanpa si dia. harapan aku lah.
DENGAN mata yang berkaca, aku bersendirian di atas kerusi yang di khaskan untuk berehat. hujan renyai renyai membuatkan aku kesejukan dengan hanya memakai t-shirt lengan pendek dan jeans lusuh. aku termenung sendirian sambil melontarkan pandangan ke arah rumah teres dua tingkat dihadapanku. hanya diterangi lampu yang bercahaya suram, aku melepaskan segala rasa yang bercampur aduk dalam hati aku. sungguh! aku sangat terkilan dengan apa yang terjadi, aku sangat kecewa dengan apa yang telah dia lakukan. hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hatiku sekarang.
KEDENGARAN hanya lagu sentimental nyanyian penyanyi terkenal di zaman kini, lagu yang mengisahkan tentang seorang yg ingin melupakan insan yg tersayang. aku melayan emosi yang kian menari nari di dalam ingatan aku. semakin lama aku melayan, semakin mendatanglah manik manik jernih di tubir mata ini. aku rela. biar.

"aku takkan bisa,
hidup tanpa dia,
dia yang membuat,
aku bahagia,
tolong aku untuk,
melupakan dia,
kerana hanya itu,
yang aku pinta!"

AKU menggamati bait bait lirik yang kedengaran. lantas air mata yang berlegar di tubir mata ini bercucuran dengan laju seperti air hujan yang turun. seperti mengerti dunia ini dengan perasaanku. aku mahu melupakan dia. tapi bagai ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat sedemikian. aku mahu malupakan, sungguh sungguh mahu malupakan.
"ya Allah, bantulah hambamu yang lemah niy, berikan lah kekuatan,dan kesabaran kepadaku, untuk meneruskan hidup dan mengharungi dugaan yang kau berikan ini"

secara tidak langsung aku berdoa didalam hati. dengan seribu satu harapan aku mengaminkan doa aku tersebut.
SETENGAH jam aku menghabiskan masa untuk menenangkan otak, malayan perasaan yang aku rasa biar hari ini sahaja aku melepaskan semuanya. tiba tiba aku mendapat satu panggilan daripada fatin, teman serumahku merangkap sahabat karib aku.

"helo, alyn! hoi kau kat mana ha? kan aku dah suruh kau pergi mid valley. ade
orang nak jumpe. mane kau pergi ha?!"

kedengaran suara fatin yang sememangnya kuat.

"hish kau niy, bile mase kau suruh aku dtg sane? aku tak dengar pun."

aku cuba mengingati apa yg telah dibualkan sebelum Fatin keluar berjumpa dengan teman lelakinya. sungguh! aku tak ingat apa apa pun.

Fatin menyambung perbualan. "lahh, yang aku msg kau tadi tu ape?"
lantas aku teringat, yang aku tak pegang fone pun untuk satu hari ni, malas aku mahu melayan semua message message yang masuk. mood aku seperti di sambar oleh derita yang aku tanggung kini. ahh konon.

"lahhh, aku tak pegang fone pun today weih, sorry lahh, aku tak sengaja. kau
tak maraa kan?"
sempat juga aku ketawa dihujung bicara. sengaja mencuri hati.

"ha, byk lah kau punya tak marah." lantas kami brdua ketawa dengan nada
suara Fatin yg seperti merajuk.

"siapa yang nak jumpa aku tu? penting sangat ke?" aku menyoal sambil meneka neka siapa gerangang yang mahu bertentang mata aku ini.
"ha, ni yang aku nak cakap niy, hmm. sebenarnya Syam jumpa aku tadi."

aku tersentak! Syam?

♥ Syam? nama yang buat aku bersedih sekarang. ahh! perit telinga ini mendengar nama itu. nama yang membuatkan aku hilang mood tiba tiba. nama yang bisa merentap kebahagiaan ini. ahh dongeng. bisa lagi aku menyabarkan diri ini. nasib lah.
"ape dia nak?" soal aku acuh sahaja. kurang brminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
"dia nak jumpa kau lah"
♥ hah?? Syam nak jumpa aku? ape dia nak? tak puas lagi ke dia sakitkan hati aku? bisa lagi aku menatapi wajah yang pernah bertahta di hati ini? yang pernah merapuhkan hati ini pada suatu ketika dahulu? mampukah aku?
"dia dekat mane? aku malas nak jumpa dia lagi lahhh. kau tahu kan..." ayat aku
tergantung disitu.
sepi bermaharajalela buat seketika. aku diam.
"takpelah lyn, aku faham. nanti aku ckp kat dia." ujar fatin yang
sememangnya memahami situasi aku sekarang ni. fiuhh.
♥ fiuhhh, nasib baik minah niy faham situasi aku. bagus ini budak. untung Putra dapat dia. hahaha.

SYAM! ya, Syam atau nama yang tertera di kad pengenlan dia ialah Mohd. Syamirul bin. Ahmad. kenapa perlu datang kembali? apa yang sudah terjadi?

lantas aku terimbau kisah silam yang berlaku suatu ketika dahulu di taman tasik bukit Titiwangsa..

**********************************
KEDENGARAN derap tapak kasut, lantas aku berpaling melihat siapa yang muncul, harapan hati ini mahu bertemu dengan si dia buat kali terakhir sebelum aku berangkat ke negara orang. Alhamdulillah, setelah tamat SPM aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke Rusia, dengan mengambil bidang perniagaan. kerana citacitaku ingin membuka sebuah bakery. impian aku yang bakal aku realisasikan satu hari nanti. InsyAllah.

SETELAH setelah aku berpaling, aku hairan. tiada wajah Syam disitu, hanya kelihatan seorang lelaki yang berpakaian sempoi yang mengenakan t-shirt bewarna putih dan seluar jeans. ya, aku memang mengenali wajah tersebut. wajah yang mempunyai iras iras dengan Syam, dia mempunyai mata yang sama seperti Syam. siapa lagi kalau bukan abangnya, Syamir. aku diam. hanya membisu.
"hey lyn!" Syamir menyapa. aku seolah olah baru tersedar dr mimpi.
lantas aku
menjawab.

"ouh, abg mir. buat apa kat sini?" aku sekadar berbasa
basi. aku tahu, mesti Syam yang menghantar abangnya kerana ada urusan dan tidak
dapat bertemu denganku. ahh! aku sudah masak sangat dengan perangainya. ada
terselit perasaan sedih yang maksima dihatiku. aku pun tidak tahu
mengapa.

"Syam yang suruh abg dtg sini." kedengaran tenang suara garau Syamir.

♥ dah agak dah. mesti budak tuh yg suruh. huh!

"ouh. hmm, dia ada pesan apa apa ke?" tanyaku. kedengaran satu keluhan dalam
bicaraku. kedengaran satu keluhan. sepi seketika.
"dia suruh abang sampaikan surat ni pada lynn." kata lelaki dihadapan aku,
sambil menghulurkan sapucuk surat yang sampulnya bewarna putih. aku kaku. tapi
tetap mencapai surat tersebut.

tanpa berlengah aku mengambil surat tersebut. lalu membaca bait bait yang tertulis didalamnya. selepas membaca isi kandungan surat tuh, aku terkesima. dupppp. jantung aku bagai terhenti. tak terhenti pun sebenarnya. isinya tertulis yang hendaknya Syam mahu memutuskan hubungan. tiba-tiba kepalaku berpinar. mataku kabur, semakin kabur dan semakin lama semakin kabur. tibatiba aku rasa duniaku gelap. ya, gelap!

*******************************************
"alynn. bangun lyn."

aku terdengar satu suara memanggilku. dunia yang tadinya gelap, kembali cerah sedikit demi sedikit.

mataku terbuka. terlihat Fatin disebelahku. cahaya lampu yang aku rasakan 'agak luar biasa' membuatkan aku kesilauan. lantas aku memejamkan mata kembali apabila kepala ku berdenyut dan sakit dengan tiba tiba. sesaat kemudian kedengaran satu suara memanggil namaku. aku mencelikkan mata kembali. aku pelik dengan keadaan dan suasana di sekelilingku.

♥ haih? aku kat mana ni? seingat aku, aku kat taman tasik titiwangsa dan sedang menunggu.....
bibirku pantas menyoal.
"Fatin, aku kat mana niy? bukan ke tadi aku tengah tunggu..." denyutan
dikepalaku semakin kuat. bibir aku pantas tertutup. berhenti bertanya buat
seketika. sepi bermaharajalela.

"lyn, u kena berehat. jgn fikir bukan bukan okay?" kedengaran suara garau abg
Mir secara tiba tiba. baruku perasan yang dia juga hadir disamping Fatin.

aku membisu. niat ingin bertanya lebih banyak soalan mati bergitu sahaja dek kerana suara garau sebentar tadi.

**********************************************

"HEY lyn! kau masih ditalian??" kedengaran suara Fatin yang mungkin sengaja
dikuatkan sedikit.

aku seperti baru sahaja tersedar dari mimpi. baruku sedar yang Fatin masih ditalian.

♥ hish aku niy, mengelamun je keje. nasib baik aku berborak dengan Fatin dalam fone je. kalau tak mesti kene sakat.

"hah? aku masih ditalian niy. ape kau ckp tadi? aku tak dengar lah." aku tersipu
sendirian.

"ha, tu lah kau, tah mamat mane lalu depan kau sampai aku cakap
pun kau dah tak dengar. huh."
kedengaran Fatin merungut panjang.
"alah kau niy Tin, aku terimbau kisah silam lahh. hmm."
"ouh, sory lah kalau aku buat kau teringat kisah dulu. okay okay, aku just cakap
yang aku tak balik rumah harini. aku tido rumah Wany okay? kau tak payah tunggu aku lah ye."
"ouh ouh, okay sayang. hehe"

tutttttttt. itu nada yang menandakan talian sudah diputuskan.
aku mengeluh kecil. ya. aku sudah buat keputusan yang aku takkan berjumpa dengan Syam. ya. Keputusan ini MUKTAMAD!

kini apa yang aku perlukan hanyalah semangat dan azam yang kuat untuk melupakan Mohd. Syamirul dari kamus hidupku. dan meneruskan citacitaku yang terbengkalai sejak aku menerima "surat cinta" tersebut.
Kerana Dia aku hampir tidak dapat merealisasikan Citacitaku. Kerana Dia juga aku hampir kehilangan semangat yang aku punyai selama ini. dan kini, aku alynn berdiri sebagai pemilik Twister bakery dan berhasrat akan mengembangkan cawangan di tempat lain. InsyAllah.
T A M A T : )
alynnTwister

Sunday, January 25, 2009

Blog Ini ,

Hahaha. weyh blog ni act dah tak digunakan kott. hehe. sebenrnya ceritanya bermula begini.
.
pada suatu petang/malam/pagi yang bahagia, sedang saya bersuka ria bersama Myspacers, haha tiba tiba TERasa nak buat blog en, then dah buat ape semua, haha. URL blog niy macam "hampehh" jea kan. yela,
.
.
haha, orang gila jea yang akan view blog yg berURL macam tuh. haha. sorry, anda juga TERgolong dalam golongan yang baru je saya sebut tadi. hehe. (dont take it so serius, blog is fun bebeh :D) so masa tu saye tak puas hati dengan URl blog niy, then membuat Blog yang baru kerana saya tidak tahu macam mana nak tukar URL. [gilaa noob aku en ! =,='] haha pastuh dah buat yang baru, maka terciptalah lagi satu blog saya. yang berURL sebegini :
.
.
haha! *evil*
.
yang niy baru saya puas kot. act tak puas lagi ni. saya sedang memikirkan URL yang TERbaik untuk blog saya yang baru tuh. haihhh. boleh pulak after dah buat Blog baru en, masa tuh jugak TERjumpa Cara cara nak Tukar URL ! hampehh gila blogspot.com niy! haha. tekanan jiwa jee doe. haiiihh. Tp disebabkan saya masih baru, so takboleh nak EMO EMO en, haha :D
.
tp sumpah dalam hati tuhan jelaaa yg tahu ! haha.
.
so sekarag blog ni saya tak tahu nak gunakan untuk apa. haha. jadi TERbiarlahh Blog ini menjadi Blog yang Paling Bosan kott. haha :) nanti hari hari akan datang saya akan update lah kot blog niy apabila idea mendatang bagai air terjun di Sungai Kuyuh :P
hehe.
.
.
haha Sekian dan Harap Maklum :)